FAM Pantau Pemain Brazil, Colombia

KUALA LUMPUR: Selepas Liridon Krasniqi sah mendapat taraf warganegara dan Guilherme De Paula pula dalam proses mendapat kelulusan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), beberapa lagi pemain import berpotensi untuk diserap sebagai pemain naturalisasi.

Antara pemain yang berpotensi tinggi boleh diberikan status naturalisasi termasuk pemain tengah Melaka United, Romel Morales, Endrick Dos Santos (Pulau Pinang) dan Raianderson Da Costa atau Careca (Perak).

Nama Morales sebelum ini dilaporkan sudah berada dalam pemantauan Jawatankuasa Program Naturalisasi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) susulan persembahan cemerlang pemain dari Colombia itu sepanjang dua musim bersama PKNS FC.

Melihat kepada usia yang masih muda, ketiga-tiga pemain itu tampak menepati kriteria yang diperlukan dengan Morales baru berusia 22 tahun, Santos (24 tahun) dan Careca (25 tahun).

Malah, bekas pemain kebangsaan, Datuk Jamal Nasir Ismail berpendapat lingkungan umur seperti mereka yang sesuai diberikan status naturalisasi berbanding pemain lain berusia sudah lebih 30 tahun.

Justeru, faktor usia menjadi punca Jamal men0lak ‘pencalonan’ peny3rang Kedah, Kipre Tchetche untuk dinilai sebagai pemain naturalisasi Malaysia yang seterusnya.

Morales, Dos Santos dan Careca (kedua-duanya kelahiran Brazil) bagaimanapun tidak boleh diserap dalam masa terdekat kerana mereka memerlukan tempoh antara tiga hingga empat tahun lagi untuk melengkapkan syarat lima tahun beraksi di negara ini yang ditetapkan FIFA.

Tempoh itu sebenarnya memberi peluang FAM membuat penilaian rap! mengenai prestasi sebenar mereka kerana hakikatnya, faktor prestasi menjadi Penunjuk Prestasi Utama (KPI) buat mana-mana pemain sebelum diberikan status naturalisasi.