Enam wakil negara mara separuh akhir

SKUAD ubi muda negara jelas sukar digvgat apabila enam pasukan berjaya menempah tiket separuh akhir Piala Supermokh selepas muncul dua pasukan terbaik dalam kategori masing-masing di Akademi Mokhtar Dahari(AMD), Gambang hari ini.

Piala Supermokh bawah 12 (B-12) menyaksikan pasukan Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) Malaysia Cougars B-12 berjaya mengungguli kumpulan A manakala NFDP Malaysia Panthers B-12 pula cemerlang berada di tempat pertama kumpulan B dengan kedua-duanya mengumpul sembilan mata.

Bagi kategori Bawah 13 tahun (B-13) pula, AMD Malaysia Cougars B-13 menduduki kedudukan kedua kumpulan A dengan tujuh mata selepas mencatat dua kemenangan dan satu seri manakala Sekolah Sukan Tengku Mahkota Ismail(SSTMI) B-13 yang berpangkalan di Johor pula turut berada di kedudukan sama dalam kumpulan B seterusnya melayakkan mereka beraksi di pusingan separuh akhir.

Manakala kategori Bawah 14 tahun (B-14) pula menyaksikan AMD Malaysia Cougars B-14 dan AMD Malaysia Panthers B-14 membuktikan mereka sukar digugat apabila masing-masing mengungguli kumpulan untuk mengesahkan tempat ke pusingan seterusnya.

Selain itu, dua pasukan terc0rot setiap kumpulan turut berpeluang menebus kekec3waan apabila mereka turut akan beraksi dalam kategori ‘plate’ yang dijadualkan berlangsung esok.