Empat pasukan dihalang bawa masuk pemain baharu

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam mendedahkan sebanyak empat pasukan dikenakan syarat termasuk dihalang daripada menandatangani pemain baharu bagi musim 2020, selagi mereka tidak menyelesaikan masalah kewangan masing-masing.

NST melaporkan empat pasukan tersebut terdiri daripada dua pasukan Liga Super dan dua pasukan Liga Premier.

“Ada empat pasukan yang ada masalah dan kami sudah meletakkan syarat kepada mereka. Kami sedang mencari penyelesaian untuk mereka.”

Stuart juga mendedahkan masalah kewangan itu hanya timbul selepas keempat-empat menerima lesen kelab kebangsaan.

Katanya, jika tidak diselesaikan dengan secepat mungkin, FAM akan mengenakan tindakan sebelum liga bermula pada 28 Februari.

Ini kerana, FAM mahu mengelakkan mana-mana pasukan daripada mengulangi kesilapan Perlis tahun lalu sehingga terpaksa membatalkan penyertaan mereka dalam saingan liga kerana masalah kewangan.