‘Elak episod hitam berulang’

TINDAKAN terdes@k Emiriah Arab Bersatu (UAE) mendapatkan khidmat tiga tonggak dari Amerika Latin yang didaftarkan sebagai pemain naturalisasi perlu diambil serius skuad Harim@u Malaya bagi mengelak malap3taka 2015 berulang.

Malaysia yang akan bertandang ke gelanggang law@n bagi menghadapi aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada 26 Mac depan pernah dimalukan tuan rumah dengan kekalahan besar 0-10 lima tahun lalu.

Walaupun sejarah hitam itu sudah lama berlalu, keghair@han UAE mendapatkan trio naturalisasi itu dilihat bakal membawa ujian g3tir kepada pasukan negara yang turut mengidamkan sekurang-kurangnya satu mata dalam pertemuan itu.

Bekas pemain kebangsaan, Serbegeth Singh berkata, pengendali negara Tan Cheng Hoe perlu menggunakan tempoh dua bulan ini dengan sebaik-baiknya bagi merangka strategi terbaik buat pasukan.

Saya kira tindakan UAE itu (ambil pemain naturalisasi) boleh disifatkan sebagai pelan kecem@san kerana negara mereka juga tidak mempunyai jumlah penduduk yang ramai.

Kita perlu akui pemilihan tiga pemain itu sudah tentunya akan memberi kelebihan kepada UAE apabila berdepan Malaysia kelak.

“Mahu tidak mahu, Malaysia kena gunakan tempoh persiapan ini bagi mencari formula terbaik menghalang mereka. Kita tak boleh kalah lagi macam 2015 dan saya pasti Cheng Hoe sedar situasi itu,” katanya.

Semalam Arena Metro melaporkan Cheng Hoe mengakui mula merasai bah@ng pertemuan dengan UAE apabila negara Asia Barat itu merekrut tiga pemain naturalisasi.

Berdasarkan kedudukan dalam Kumpulan G, UAE berada di tangga keempat daripada lima pasukan dengan enam mata, manakala Malaysia di tempat kedua dengan sembilan mata.

Kemenangan ke atas skuad negara sememangnya amat ditagih skuad The Whites bagi memperbaiki kedudukan mereka dalam kumpulan itu.