Dua calon import terbaik dalam radar skuad The City Boys musim depan

Juara Piala Malaysia 2021, Kuala Lumpur City FC enggan terburu-buru menandatangani pemain import baru walaupun sudah mempunyai dua calon terbaik.

Modibo Konte atau Bodric Dimitri difahamkan berada dalam radar skuad The City Boys untuk melengkapkan barisan pemain import pasukan itu musim depan.

Pegawai Eksekutif KL City, Stanley Bernard, menegaskan pihaknya perlu buat penelitian rapi sebelum membuat keputusan mengenai perkara berkenaan.

Memberi perkongsian lanjut kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, Stanley mengakui kesesuaian untuk bergandingan dengan peny3rang, Romel Morales jadi keutamaannya.

Konte yang merupakan pemain tengah dari Mali tampak tidak asing dalam Liga Malaysia kerana pernah mewakili Kuala Lumpur pada musim 2016/2017 dan Perlis pada 2018/2019.

Situasi hampir sama juga buat Dimitri apabila peny3rang dari Cameroon sudah beraksi di Malaysia sejak usia 13 tahun bersama sebuah kelab remaja di negara ini dan MISC-MIFA pada 2017.

sumber : stadium astro

Untuk rekod, KL City mencipta sejarah menjuarai edisi ke-100 Piala Malaysia dengan mengekalkan empat pemain importnya Morales, Paulo Josue, Kevin Ray Mendoza dan Giancarlo Gallifuoco.