Double ‘S’ Jadi Harapan Kepada Skuad Malaysia?

Selepas era Safee Sali dan Matyo dipentas antarabangsa, Malaysia dilihat sukar mencari penganti bagi mengisi posisi sera ngan negara.Ketika beberapa nama seperti N. Thanabalan, Rozaimi Abd Rahman, Jafri Chew, Darren Lok gagal mengekalkan aksi lebih konsisten, Shahrel dan Syafiq kini mula mengukuhkan status mereka selaku pengempur utama untuk Malaysia.

Bagaimana?

Tahukah anda gandingan ‘Double S’ ini kini telah merakam 92 gol bersama diperingkat kelab/negeri/negara. Percaya tak?

Shahrel Fikri
Peny3rang pasukan Perak TBG ini kembali menikmati musim memberansangkan awal musim ini. Shahrel telah menjaringkan 3 gol setakat ini bersama Perak.Memulakan karier pada 2016 bersama kelab PKNP FC di Liga FAM, Shahrel mula diberi perhatian selepas membantu kelab naik ke Liga Perdana untuk musim 2017. Shahrel menamatkan musim 2016 dengan 12 gol.Shahrel bertindak cemerlang bermula musim 2017.

Merekodkan 20 gol semusim dan turut ditabalkan sebagai penye rang terbaik kebangsaan musim itu.Musim 2018, Shahrel sempat merakam 9 gol dan membantu PKNP mara ke peringkat suku akhir Piala FA sebelum berhijrah ke Thai League 1 bersama kelab Nakhon Rakchasima.

Shahrel dipinjamkan selama 6 bulan, beliau menjaringkan 2 gol sepanjang karier di Thailand.Musim 2019 sedikit sukar buat beliau, memberi saingan namun kekurangan minit permainan membataskan impak penye rang berusia 26 tahun ini. Beliau menamatkan musim 2019 dengan 4 gol.

Shahrel kini mempunyai koleksi 55 gol sepanjang karier dari 2016 ke 2020.

50 gol kelab/negeri
5 gol Malaysia

Syafiq Ahmad
Pada 2014, Syafiq diberi peluang untuk bersama skuad senior Kedah FA. Ketika itu Syafiq baru berusia 19 tahun.Peluang yang diberi TCH pantas dibayar oleh Syafiq. Musim 2014, Syafiq membantu Kedah mara sehingga ke separuh akhir Piala Malaysia. Syafiq menamatkan musim 2014 dengan 3 gol.

Syafiq mula memberi persaingan kuat kepada Ahmad Shakir Ali yang merupakan penye rang lebih senior ketika itu. Dengan Chidi Edeh diletak selaku pilihan pertama, peluang Syafiq agak terbatas namun kesungguhan bekas penjaring terbanyak Liga KPM-FAM 2012 ini tidak boleh disangkal.

Beliau menamatkan musim dengan 8 gol dan membantu Kedah menjulang Liga Perdana 2015.Musim 2016 Syafiq lebih kerap beraksi diposisi sayap. Ini berikutan kehadiran Carlos Kahe awal musim diikuti Thiago Augusto dan Shane Smeltz, dua peny3rang NO9 pada pertengahan Liga.

Syafiq hanya menjaringkan 1 gol untuk 2016.Musim 2017, Syafiq mula memberi impak besar kepada karier beliau. Syafiq menjadi tonggak penting Kedah. Beliau memenangi 2 medal kejuaraan dan menamatkan musim dengan 6 gol. Syafiq juga dicalonkan bersama Shahrel Fikri untuk top 3 peny3rang terbaik kebangsaan.

Sertai JDT 2018,
Syafiq akhirnya memilih kelab JDT selaku tempat untuk membangunkan lagi karier beliau.Di JDT, bukan segalanya mudah untuk Syafiq sebenarnya. Dia menjaringkan gol sulung pada 24 April ketika membantu JDT menew@skan wakil Vietnam, kelab Song Lam Nghe An. Syafiq menamatkan musim 2018 dengan 2 gol bersama JDT 1 dan 2 gol bersama JDT 2.

Musim 2019, Syafiq berjaya mengetepikan Hazwan Bakri untuk menjadi pilihan kedua dibelakang Diogo. Syafiq muncul watak penting membawa JDT menew@skan Kedah diperlawnan akhir Piala Malaysia 2019 lalu. Beliau menamatkan musim dengan 7 gol.Syafiq turut meledak 5 gol sepanjang tahun 2019 untuk Malaysia. Syafiq kini mempunyai koleksi 8 gol diperingkat antarabangsa.

29 gol kelab/negeri
8 gol Malaysia

Double S Malaysia kini sedang meniti kemuncak karier mereka. Shahrel berusia 26 tahun manakala Syafiq pula 25 tahun.Shahrel pernah merakam hatrick sewaktu membantu Malaysia menang 5-1 keatas Timor Leste, Syafiq juga melakukan hatrick ketika Malaysia menewaskan Sri Lanka 6-0.

Dengan rekod 92 gol bersama, pastinya gandingan duo S ini menjadi harapan untuk kebangkitan bola sepak Malaysia dan menamatkan misi ketandusan penye rang berkaliber dipentas antarabangsa.

sumber:Don K-Rul IZham