Dominic Tan Sah Beraksi Dalam Saingan Thai League 1

Pemain pertahanan Malaysia yang berpotensi tinggi, Dominic Tan sah akan menyertai pasukan Police Tero FC musim depan.

Beberapa hari lalu, Dominic Tan mend3dahkan melalui laman sosial Instagram bahawa beliau akan meningg4lkan pasukan Johor Darul Ta’zim tetapi masih samar mengenai pasukan barunya.

Sebentar tadi, pihak Police Tero FC melalui laman sosial Facebook rasmi mereka mengesahkan bahawa Dominic Tan akan menyertai pasukan itu dalam saingan Thai League 1 dengan kontrak 2 tahun.

official! มังกรโล่เงินเซ็น โดมินิค ตัน ร่วมทีมถาวรด้วยสัญญา 2 ปีสโมสรโปลิศเทโร เอฟซี บรรลุข้อตกลงในการเซ็นสัญญาคว้าตัว…

Posted by Police Tero FC on Monday, December 23, 2019

Dominic sebelum ini menyertai Police Tero FC secara pinjaman daripada JDT sehingga saingan Thai League 2 musim 2019 menutup tirai. Police berjaya muncul sebagai naib juara dibelakang BG Pathum United yang muncul sebagai juara sekaligus layak beraksi dalam saingan Thai League 1 musim hadapan.

Sepanjang menyarung jersi Police Tero, Dominic hanya membuat satu penampilan dan beliau turut tersenarai sebagai pemain simpanan dalam perlawanan terakhir liga.

Sehingga kini, Dominic Tan adalah satu-satunya pemain Malaysia yang beraksi dalam saingan Thai League 1, manakala Zafuan Azeman pula beraksi untuk pasukan Angthong United dalam saingan Thai League 3.