Dollah mengharap ada keajaiban bertemu JDT

Kuantan: Di sebalik berdepan masalah kec3der@an dan pengg@ntungan, pengendali Sri Pahang FC, Dollah Salleh tetap mengharapkan tentangan sengit dapat dipersembahkan apabila berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim, malam esok.

Justeru, bekas pemain kebangsaan itu berkata, anak buahnya tidak terlalu memikirkan ketiadaan enam pemain utama berkenaan.

“Saya harap barisan kesebelasan utama yang diturunkan dapat beraksi pada tahap terbaik walaupun Sri Pahang ketiadaan enam pemain utama ketika pasukan amat memerlukan mata.

“Saya mahu pemain dapat memberikan tentangan ketika JDT mahu mencatat kemenangan untuk mengesahkan kejuaraan dalam saingan Liga Super musim ini.

“Saya mengharapkan barisan pemain kekal fokus sepanjang tempoh 90 minit perlawanan,” katanya.

Pemain yang mengalami kec3der@an ialah kapten pasukan, Muslim Ahmad, Nor Azam Azih, Zuhair Aizat Mohd Nazri, Helmi Eliza Elias dan Zarif Irfan Hashimuddin manakala pertahanan import, Herold Goulon pula tidak dapat disenaraikan kerana dig@ntung satu perlawanan selepas mengutip tiga kad kuning.

Sumber:HM

Bagi memastikan jentera s3rangan lebih t@jam, beliau berkata, Aung Kaung Mann dan Kenny Athiu diharap kembali menemui sentuhan jaringan selepas gagal menyerlah pada dua perlawanan sebelum ini.