‘Doakan Saya Berjaya’

KUALA LUMPUR: Peny3rang muda sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin memohon semua pihak mendoakan kejayaannya bersama pasukan baharunya, KV Kortrijk.

Pemain asal Kelantan itu sah bakal menyertai kelab Belgium berkenaan selepas Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) mengesahkannya menerusi satu pengumuman semalam.

Dalam temu bual menerusi akaun Facebook rasmi skuad The Red Giants, pemain kelahiran Kota Bharu itu turut menjelaskan dia bakal menyertai kelab baharunya dalam masa terdekat.

“Insya-Allah dengan izin Allah, saya akan berhijrah ke KV Kortrijk dalam masa terdekat. Saya minta semua pihak termasuk FAS mendoakan saya berjaya di sana.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Selangor, pihak pengurusan, staf, semua jurulatih dan pemain sebab membuat saya gembira selama berlatih (bersama Selangor).

“Paling penting terima kasih kepada Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah (Presiden FAS) kerana izinkan saya datang ke Selangor. Saya sangat bersyukur dan bangga dapat bermain di Selangor,” katanya.

sumber: BH

Kenyataan FAS semalam menamatkan pelbagai sp3kulasi sebelum ini termasuk yang mengatakan Luqman membuat pusingan U dan kekal beraksi di Malaysia.

Selain itu, Luqman turut meminta seluruh penyokong mendoakan Selangor memenangi Piala Malaysia buat kali ke-34.

“Saya minta semua doakan semoga saya berjaya ke tahap seterusnya, doakan saya dunia dan akhirat serta paling penting doakan juga Selangor menang Piala Malaysia,” katanya.