Dipaksa Untuk Berkahwin Punca Prestasi Safawi Rasid Merudum ?

Johor Darul Ta’zim (JDT) berjaya meraih kemenangan sulung dalam saingan AFC Champions League (ACL) 2020 dengan menewaskan Suwon Samsung Bluewings dengan keputusan 2-1. Meskipun meraih kemenangan, pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim tidak berpuas hati dengan persembahan yang ditampilkan oleh salah seorang pemain bintang pasukannya.

Sejurus perlawanan menentang Suwon, Tunku Ismail menggunakan laman Instagram Story miliknya dimana beliau mengkritik seorang wanita yang dipercayai teman wanita Safawi Rasid dimana baginda menyatakan desakan wanita tersebut untuk berkahwin dengan Safawi menyebabkan pemain itu gagal menampilkan prestasi terbaik dalam dua perlawanan setakat ini.

TMJ bahkan bertanya sendiri kepada pemain tersebut sama ada desakan untuk berkahwin menyebabkan prestasi beliau merudum.

Tidak lama selepas itu, wanita yang dimaksudkan, Syifa Melvin memberi respon dengan menyatakan beliau tidak pernah memaksa untuk berkahwin dengan Safawi selain tidak pernah meminta wang daripada pemain berusia 23 tahun itu.

sumber: vocketfc

Apa yang pasti, Safawi Rasid perlu kembali memberikan 100 peratus fokus dan tidak terganggu dengan masalah di luar padang bagi memastikan beliau kembali menampilkan prestasi terbaik.