Diogo Mungkin Akan Dapat Kerakyatan

Dalam satu perbincangan dilaman sosial Twitter berkaitan dengan naturalisasi pemain Diogo Luis Santo oleh Thailand, beberapa maklum balas dari individu-individu yang berada di Thailand telah berjaya memberikan penjelasan yang mungkin ramai tertanya-tanya sebelum ini.

Topik perbincangan ini asalnya telah dibuka oleh Marco Negri yang cuba mendapatkan maklum balas sekiranya Thailand memilih untuk mengambil Diogo sebagai pemain naturalisasi jika pemain itu kekal beraksi dalam saingan Thai League.

Diogo adalah satu nama besar dalam saingan bola sepak Thailand dan sehingga kini masih ramai yang merindui aksi beliau terutamanya penyokong Buriram United.

Tajuk perbincangan berkaitan naturalisasi pemain dari Brazil ini telah mengundang beberapa komen dan pendapat dari pemerhati dan wartawan bola sepak di Thailand serta menyatakan hujah mereka berkenaan proses naturalisasi Diogo.

Maklum balas yang paling menarik adalah dari akaun All Things Thai Football, dimana beliau menyatakan bahawa proses naturalisasi Diogo adalah sangat sukar untuk dilakukan disebabkan undang-undang kons3rvatif disana.

Walaupun berkahwin dengan wanita Thailand, suami hanya akan menerima permit sebagai penduduk tetap.

“Sekiranya Diogo dinaturalisasikan sekarang, mungkin beliau akan menerima kerakyatan Thailand ketika berumur 45 tahun.”

Beberapa lagi maklum balas yang diterima juga menyatakan jawapan yang serupa dimana undang-undang ketat keatas naturalisasi menjadi penghalang utama kepada mana-mana pemain lain sekalipun.

Menurut ciapan dari penulis Football Tribe Asia, Gian Chansrichawla pula sudah ada pemain lain yang tinggal lebih lama di Thailand dan pernah menyatakan keinginan untuk beraksi dengan skuad kebangsaan Thailand tetapi tidak berlaku disebabkan undang-undang mereka.

Ada juga pertanyaan dari individu lain bagaimana pula dengan pemain yang memiliki pertalian darah atau ‘half-blood’ dari Thailand dan berikut adalah jawapan yang menjelaskan perbezaan itu.

Berdasarkan maklum balas diatas, dapat disimpulkan bahawa proses untuk naturalisasi pemain bola sepak di Thailand adalah amat ketat dan mungkin tidak akan berlaku dalam masa terdekat kepada mana-mana pemain.

Pemain ‘half-blo0d’ atau warisan adalah dalam kategori berbeza dan tidak boleh dicampur aduk dengan naturalisasi yang banyak orang keliru mengenainya.