Diogo Luis Santo Tersenarai Dalam Kesebelas Pilihan Skuad Kebangsaan Thailand ?

Peny3rang Johor Darul Ta’zim (JDT), Diogo Luis Santo tersenarai dalam kesebelas terbaik pilihan bintang skuad kebangsaan Thailand, Theerathon Bunmathan.

Menurut laporan media Thailand, baru-baru ini Theerathon menyenaraikan barisan pemain terbaik yang pernah beraksi bersama beliau.

Sebelum ini, Diogo dan Theerathon pernah menjadi rakan sepasukan ketika kedua-dua pemain ini beraksi bersama Buriram United pada musim 2015 hingga 2016.

Selain Diogo, berikut senarai pemain lain yang termasuk dalam kesebelasan terbaik pilihan Theerathon Bunmathan.

PENJAGA GOL: Kawin Thamsatchanan

PERTAHANAN: Suree Sukha, Mario Abrante, Osmar Ibáñez, Theerathon Bunmathan.

PEMAIN TENGAH: Sarach Yooyen, Thanaboon Kesarat, Chanathip Songkrasin.

PENY3RANG: Heberty Fernandes, Teerasil Dangda, Diogo Luis Santo.

Kesemua pemain yang dipilih pernah beraksi bersama-sama Theerathon ketika mewakili Buriram dan juga Muangthong United.

sumber: vocketfc

Bagi saingan musim 2020, Theerathon beraksi bersama Yokohama F Marinos dalam saingan J1 League. Musim lalu, pemain pertahanan berusia 29 tahun itu membantu Yokohama muncul sebagai juara J1.