Bakal Di Pancing

Presiden kelab Thai League 1, Port FC iaitu Nualphan Lamsam atau yang lebih dikenali dengan panggilan Madame Pang berminat untuk mendapatkan khidmat penyrang Johor Darul Tazim (JDT), Diogo Luis Santo bagi memperku@tkan jentera ser@ngan pasukan.

Port menjadi salah satu pasukan yang berbelanja besar musim ini dimana mereka membawa masuk pemain yang berpengalaman dalam skuad kebangsaan Thailand seperti Adisak Kraisorn dan Adison Promrak selain bekas penyrang berb!sa Muangthong United, Heberty Fernandes.

Akan tetapi, Madame Pang berpendapat barisan ser@ngan perlu ditaj@mkan lagi dan Diogo yang pernah beraksi di Thailand bersama Buriram United dilihat sebagai calon yang sesuai.

“Diogo merupakan seorang pemain yang mempunyai kualiti. Tetapi kita perlu menunggu kerana kontrak beliau bersama JDT masih belum tamat. Penting juga untuk tahu berapa banyak pasukan yang turut mendapatkan khidmat beliau,” kata Madame Pang.

Diogo sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan ke pasukan yang turut diperku@tkan oleh pemain Malaysia, Norshahrul Idlan Talaha iaitu BG Pathum United. Namun BG menafikan perkara tersebut kerana merasakan barisan pemain yang dimiliki ketika ini seimbang.

Ketika beraksi bersama Buriram United dari tahun 2015 hingga 2016, secara keseluruhan Diogo menjaringkan 132 gol dalam 159 dan memenangi 11 kejuaraan liga domestik seperti saingan Thai League 1 dan Thai FA Cup.

Catatan ini sekaligus membuatkan Port FC mahu mendapatkan khidmat Diogo kerana selain kemampuan menjaringkan gol, pemain dari Brazil itu turut mempunyai pengalaman luas beraksi di Thailand.