dikaitkan dengan kelab Belgium

Bekas pemain muda Pahang, Saddil Ramdani dikaitkan beberapa kelab yang berpengkalan di Belgium untuk menggunakan khidmatnya.

Menurut Indosport, mereka menyenaraikan tiga buah kelab yang sesuai untuk mendapatkan khidmat pemain sayap lincah Indonesia. Antaranya, Sint-Truidense V.V., S.V. Zulte Waregem and Club Brugge K.V.

Sebelum ini, Saddil yang dilepaskan oleh skuad Tok Gajah dikhabarkan akan berhijrah ke pasukan pendatang baharu Liga Super, Sabah. 

Ia dikuatkan lagi dengan keputusan skuad Tambadau melantik jurulatih dari Indonesia, Kurniawan Dwi Yulianto sebagai ketua jurulatih untuk saingan Liga Malaysia, musim depan.

Bagaimanapun, penghijrahan Saddil ke kepulauan Borneo mungkin dibatalkan dan lebih memilih untuk meneruskan kerjayanya ke benua eropah.

Bintang muda Indonesia berusia 20 tahun ini berada dalam prestasi terbaiknya pada ketika ini lebih-lebih lagi masih segar dengan kejayaan membantu skuad bawah 22 tahun Indonesia mara ke pentas akhir acara bola sepak lelaki temasya Sukan SEA 2019.