Diam-Diam S@mbar

Pasukan berwajah baharu di saingan Liga Malaysia nyata sungguh ber@hsia dalam perancangan mereka pada musim ini. Terbaru, pasukan berstatus kelab itu meny@mbar bekas peny3rang JDT dan PKNS FC, Gabriele Miguel Guerra.

Malah ketibaan Guerra sebenarnya bukan baharu. Kelibat pemain dari Argentina itu turut dilihat dalam perlawanan terakhir Liga Malaysia sebelum saingan berehat akibat penularan wa bak cor0nav!rus.

Dalam perlawanan menentang Kuala Lumpur FA di Kuching pada 14 Mac lalu, nama Guerra adalah antara pemain yang berada di bangku pemain simpanan skuad E. Elavarasan.

Selain daripada Guerra, Sarawak United sebelum ini telah mengh@mbat bekas penyerang prolifik Liga Super, Patrick Ronaldinho, pemain tengah, Milad Zanidpour Mansour, dan Demerson Bruno Costa yang kembali ke Bumi Kenyalang itu selepas beberapa musim beraksi di Indonesia.

Guerra cemerlang bersama PKNS pada musim 2016 dengan membantu kelab itu muncul naib juara Liga Perdana dan Piala FA.

Bekas produk akademi Boca Juniors ini kemudiannya disambar oleh JDT, dan membantu kelab dari selatan tanah air itu menjuarai saingan Liga Super dan Piala Malaysia pada musim yang sama.

Musim lalu, Guerra bergandingan dengan Kpah Sherman dan Romel Morales di PKNS FC.

Faktor pengalaman mungkin menjadi sebab utama Guerra dijadikan sandaran oleh Sarawak United FC pada musim ini. Selepas empat perlawanan musim ini, Sarawak United hanya menang sekali dan tewas tiga kali dan menghuni tangga ke-9 Liga Premier.