Dia Boleh di Jadikan Inspirasi

KUALA LUMPUR: Penyrang muda sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin boleh mengambil inspirasi daripada pemain muda Jepun, Takefusa Kubo yang kini menunjukkan tar!ng bersama RCD Mallorca dalam saingan La Liga.

Hanya memiliki ketinggian 1.73 meter, pemain tengah yang dipinjamkan daripada Real Madrid dan mendapat julvkan Messi Jepun itu membuktikan saiz bukanlah satu hal@ngan untuk dia memperagakan aksi memuk@u di Sepanyol.

Situasi ini memberi petanda p0sitif buat Luqman yang hanya mempunyai ketinggian 1.70 meter itu juga boleh menyerlah selepas menjejakkan kaki di Belgium nanti.

Mengulas mengenai senario itu, pemerhati bola sepak tempatan, Dr Zulakbal Abd Karim melihat pemain dari Akademi Mokhtar Dahari (AMD) itu tidak akan berdepan mas@lah menyesuaikan diri di sana walaupun ini kali pertama dia berkelana di luar negara.

Ini bukanlah kali pertama anak Malaysia beraksi di luar negara kerana banyak pemain pernah dihantar sebelum ini tetapi saya jangka percubaan kali ini boleh menghasilkan pencapaian lebih baik.

Lagipun, dia sudah didedahkan dengan pengalaman beraksi di luar ketika bersama Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP), kita boleh anggap persediaannya untuk ke luar negara lebih baik dan tidak ada mas@lah apabila tiba di sana nanti.

“Kalau pemain muda Asia seperti Kubo pun boleh berjaya serta Fandi Ahmad yang mana budayanya dan fizik@lnya lebih kurang sama dengan pemain kita boleh dipilih sebagai Pemain Eredivisie Terbaik Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), sudah tentu Luqman pun boleh berjaya juga,” katanya.

Pada masa sama, Zulakbal yang juga Pensyarah Kanan Sains Kejurulatihan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) optimis Luqman mampu menjadi bertambah baik selepas menyertai kelab dari Belgium, K V Kortrijk dan perkembangannya itu nanti pasti memberi manfaat kepada pasukan kebangsaan.

“Pasukannya itu pasti ada perancangan selepas percaya pada bakatnya dan dengan kemajuan teknol0gi dan sokongan sains sukan yang lebih mant@p di sana, prestasinya pasti akan terus meningkat,” katanya.

Terdahulu, impian anak kelahiran Kota Bahru itu untuk berkelana ke luar negara tercapai selepas sah akan menyertai K V Kortrijk yang beraksi dalam divisyen satu Liga Belgium dengan dia dijangka akan terb@ng ke sana, awal bulan depan.

Usaha itu dapat dijayakan selepas Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) mencapai persetujuan dengan K V Kortrijk untuk perpindahan bekas pelatih Akademi Mokhtar Dahari (AMD) itu, awal bulan lalu.

Perpindahan itu sekali gus menutup spekulasi mengenai masa depannya yang sebelum ini turut dikaitkan dengan perpindahan ke beberapa kelab Eropah yang lain seperti Bayer Leverkusen dan Newcastle United.