Di Mana Safawi ?

KUALA LUMPUR: Adakah Pemain Paling Bernilai (MVP) Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) 2019, Safawi Rasid sudah kehilangan tempat dalam kesebelasan utama Johor Darul Ta’zim (JDT)?

Persoalan itu timbul selepas pemain kebangsaan itu sekali lagi ‘direhatkan’ daripada membarisi kesebelasan utama menentang PDRM di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, malam ini.

Malah, pemain yang menjadi tonggak musim lalu itu tidak diletakkan dalam barisan pemain simpanan untuk aksi malam ini sekali gus menimbulkan persoalan sama ada dia benar-benar ‘dihu kum’ susulan kontr0versi yang terc3tus minggu lalu.

Dia juga tidak diturunkan pada aksi bertemu UiTM FC, minggu lalu tetapi JDT jelas tidak ‘merindui’ pemain itu apabila berjaya meraih kemenangan 2-1 ke atas skuad ‘The Lion Troops’ itu.

sumber: BH

Namun, difahamkan pemain berusia 23 tahun itu mengalami kecederaan sekali gus memaksa dia diketepikan.