Di Mana Piya ?

Kelantan United baru sahaja selesai mengadakan majlis menandatangani kontrak bersama 12 orang pemain dan 4 orang jurulatih yang akan membawa cabaran pasukan tersebut dalam saingan Liga Perdana buat kali pertama pada musim ini.

Majlis yang diadakan di Hotel Grand Riverview, Kota Bharu pada malam Isnin turut dihadiri Presiden Kelantan United, Dato’ Che Abdullah, Timbalan Presiden, Dato’ Zamri Ismail, Naib Presiden, YB Zuraidin Abdullah, Pengurus Piala Presiden, YB Rozi Muhamad dan barisan pengurusan tertinggi kelab.

Namun demikian, dalam majlis tersebut tidak kelihatan kelibat pemain legenda Kelantan iaitu Mohd Badhri Mohd Radzi atau lebih dikenali sebagai Piya.

Selain itu, kelibat Piya juga tidak kelihatan dalam gambar-gambar sesi latihan Kelantan United yang disiarkan dalam akaun media sosial rasmi pasukan.

Majlis Tandatangan Kontrak Jurulatih dan Pemain Kelantan United FC disaksikan Presiden, Dato' Che Abdullah, Timbalan…

Posted by Kelantan United Football Club on Monday, January 27, 2020

Maka telah timbul persoalan dalam kalangan penyokong Kelantan United sama ada pemain tersebut akan terus bersama pasukan tersebut pada musim ini atau pun tidak?

Setakat ini nama-nama pemain yang sudah sah bersama Kelantan United adalah Shahrizan Ismail, Daudsu Jamaluddin, Shahrul Hakim Rahim, Faizol Nazlin Sayuti, Fakhrul Zaman, Khairul Izuan Rosli, Aliff Romli, Rozaimi Azwar dan Fadhilah Pauzi.

Tiga pemain import adalah pemain dari Brazil, Alyton Ferreira Anarnians (Brazil), pemain Morocco, Adil Kouskous selain pemain import dari Gambia Gassama Alfussainey yang dikekalkan bersama pasukan.

sumber: semuanyabola

KURSUS TRANSFORMASI MINDA———————————————#liveupdate Sesi Latihan ringan pasukan KUFC dan KUFC (U21) yang berlangsung di tempat penginapan.#KUFC

Posted by Kelantan United Football Club on Sunday, January 12, 2020

Untuk barisan kejurulatihan, Zahasmi Ismail terus dikekalkan sebagai Ketua Jurulatih dan akan dibantu oleh Sazami Shafii dan Zahariman Ghazali sebagai penolong jurulatih, sementara Hamdan Mohamad pula dilantik selaku ketua jurulatih skuad bawah 21 tahun (B-21).