Detik Ditunggu Akhirnya Tiba

Liga Malaysia (Liga-M) akan meneruskan saingan bermula 26 Ogos ini, demikian diumumkan badan pengel0la, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), hari ini.

Selepas direhatkan sejak 16 Mac lalu berikutan pandem!1k C0v!d-19, saingan bola sepak tempatan akan kembali meneruskan saingan dengan format separuh liga

Keputusan menerusi persetujuan Ahli Lembaga Pengarah MFL itu dicapai selepas menilai banyak faktor, termasuk tempoh persiapan pasukan-pasukan bertanding dalam memastikan kualiti Liga-M lebih kompetitif dan berkualiti.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ab Ghani Hassan, berkata badan pentadbir liga tempatan itu percaya tarikh baru saingan Liga-M tersebut adalah yang terbaik buat kesemua pasukan selepas sesi latihan fasa 2 dibenarkan oleh pihak kerajaan bermula 15 Julai lalu.

Untuk memulakan kembali Liga Malaysia 2020, yang tertangguh sejak 16 Mac lalu, beberapa perkara perlu dipatVhi oleh semua pasukan di mana setiap stadium atau venue perlawnan hendaklah berdaftar dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan disahkan oleh MFL serta wajib menjalani proses nyahkum@n dan dis!nfeks!.

Komisioner Perlawnan lantikan MFL akan membuat pemeriksaan stadium atau venue perlawnan sebelum liga dimulakan dan prosedur operasi standard (SOP) pengel0laan perlawnan akan diedarkan oleh MFL kepada semua pasukan.

Bagi memastikan kelancaran Liga Malaysia 2020, pihak MFL semalam sudah mengadakan pertemuan dengan Jawatankuasa Pengadil FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) bagi membincangkan persiapan dan SOP pertandingan.

“Apa yang pasti, kami memang sudah bersedia untuk menyambung semula saingan Liga Malaysia musim ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

MFL kekal dengan format separuh liga bagi pertandingan Liga Super dan Liga Perdana.

Menerusi format itu, liga akan bersambung dari perlawnan kelima hingga perlawnan ke-11 dengan semua perlawnAn mengikut jadual asal seperti yang telah ditetapkan.

Piala Malaysia pula akan berlangsung pada 17-18 Oktober depan dan akan berakhir pada 7 November depan manakala Piala FA dan Piala Cab@ran dibatalkan.

Format pertandingan Piala Malaysia akan dir0mbak, di mana tiada peringkat kumpulan dengan saingan 16 pasukan itu akan berlangsung secara kalah m@ti satu pusingan termasuk suku akhir dan separuh akhir.