Datuk K.Rajagopal Dedahkan Sebab Utama Jarang Panggil Badhri Radzi (Piya)

Bekas pengendali skuad kebangsaan, Datuk K.Rajagopal mendedahkan sebab utama mengapa beliau jarang memanggil bekas ketua pasukan Kelantan, Badhri Radzi ketika pemain tersebut berada pada zaman kegemilangan.

Menerusi laman media sosial Twitter miliknya, K.Rajagopal memberi sedikit penjelasan bahawa beliau jarang memanggil Piya kerana faktor taktikal semata-mata.

“Saya akan menceritakan mengenai situasi Piya dalam autobiography yang akan saya keluarkan tidak lama lagi.

“Saya pernah mencuba Piya dalam satu perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Arab Saudi.

“Jawapan pendek mengenai pertanyaaan tersebut ialah kerana faktor taktikal semata-mata. Secara peribadi, Badhri Radzi adalah pemain yang berbakat,” katanya.

sumber: vocketfc

Ketika pasukan negara dibimbing oleh Datuk K.Rajagopal, beliau jarang beraksi bersama pasukan kebangsaan dimana bahagian tengah sering diisi oleh Safiq Rahim, Shakir Saari, Amar Rohidan dan K.Gurusamy.

Meskipun Piya menampilkan prestasi cemerlang bersama pasukan Kelantan dimana beliau membantu Red Warriors memenangi Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia ketika itu, namun K.Rajagopal lebih gemar memilih pemain lain.