Dato’ Ong Kim Swee membuat keputusan berani

Peny3rang muda sensasi, Luqman Hakim Shamsudin mengakui kec3wa dan tidak puas hati dengan prestasinya dalam aksi pembukaan Sukan SEA 2019 menentang Myanmar pada Isnin, yang berkesudahan dengan keputusan seri 1-1.

Pengendali, Dato’ Ong Kim Swee membuat keputusan berani apabila mengetepikan faktor usia dan mentah pengalaman, dengan menyenaraikan Luqman Hakim dalam kesebelasan utama untuk mengemudi jentera ser@ngan, namun pemain berusia 17 tahun itu dilihat bergelut menyesuaikan diri di atas padang sintetik dan tidak dapat menyerlahkan potensi sebenar sehingga terpaksa digantikan di separuh masa kedua oleh Faisal Halim.

Luqman Hakim bagaimanapun tidak patah semangat dan berjanji akan tampil berbeza dalam aksi kedua menentang Filipina pada 29 November nanti, sekiranya masih diberi kepercayaan oleh Kim Swee.

“Memang saya tidak puas hati, saya akui terdapat kekurangan, saya selalunya akan menghadapi kesuk@ran dalam perlawanan pertama. Mungkin dalam perlawanan seterusnya saya boleh baiki kel3mahan saya jika diberi kepercayaan. Beraksi di padang tiruan juga boleh memberi k3san kerana bola laju sikit sebab kami tak biasa dengan padang di sini. Sebelum ini dah berlatih di atas rumput tiruan tetapi padang ini lebih licin dan bola lebih laju, ia memberi sedikit hal@ngan kepada kami,” katanya kepada Bernama.

Kim Swee selepas perlawanan mengakui Luqman Hakim sedikit tenggelam dan berpendapat dia memerlukan lebih masa untuk memberikan !mpak, dan mungkin membuat r0mbakan pada kesebelasan utama menjelang aksi seterusnya, terutama di barisan ser@ngan.

Selain pemain yang bakal menyertai KV Kortrijk pada Mac 2020 itu, ‘genuine striker’ lain dalam skuad negara adalah Hadi Fayyadh Abdul Razak yang menjaringkan gol penyamaan ketika men3ntang Myanmar dan R.Kogileswaran, namun Faisal Halim dan Akhyar Rashid juga boleh bermain sebagai sebagai peny3rang.

Ketika ini, semua pasukan di dalam Kumpulan A terikat dengan satu mata setelah Filipina dan Kemboja turut mencatat keputusan seri 1-1. Selepas menentang Filipina, pasukan negara akan berdepan pula dengan Timor Leste (2 Disember) dan Kemboja (4 Disember).

Leave a Reply

Your email address will not be published.