Dari Nama Jadi Empayar Jenama

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor representasi seorang pemimpin yang melihat lebih jauh dari yang orang lain lihat. Konsekuensi kontinuiti elemen itu, Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim kini berdiri sebagai sebuah kelab yang amat bereputasi tinggi dan semakin meningkat naik.Rasionalnya, JDT amat bertuah kerana mempunyai seorang tokoh yang berfikiran inventif dalam membina sebuah empayar dan legasi.

DYAM Tunku Mahkota Johor juga mempunyai ciri-ciri kualitatif seorang inovator dalam memformulasikan Harimau Selatan terus mendaki menuju mercu kejayaan yang realiti dan bukan fantasi.

MERANGKUL KEJAYAAN DALAM MASA SETAHUN Merangkul kejayaan dalam masa yang singkat adalah satu magis yang dicipta oleh DYAM Tunku Mahkota Johor. Mengambil masa hanya setahun, baginda berjaya membawa JDT memenangi piala pertama pada tahun 2014 selepas bertahun-tahun bola sepak Johor suram.

Selepas itu, tanpa menoleh kebelakang lagi, kini telah terkumulatif lima belas kejuaraan, enam tahun berturut-turut gah mendominasi kejuaraan liga super Malaysia, mencipta sejarah kelab pertama Asia Tenggara menjulang piala AFC serta kelab Asia Tenggara yang berjaya memberi saingan hebat dalam perlawanan berintensiti tinggi dan prestij Liga Juara-Juara Asia .

Menewaskan juara Liga Juara-Juara Asia 2018 Kashima Antlers dan menundukkan Suwon Samsung Bluewings antara pencapaian membanggakan sepanjang dua tahun penglibatan JDT di kejohanan elit Asia tersebut.Namun kejayaan ini bukan sesuatu kerja mudah.

Rasionalnya, baginda secara jujur mendedahkan bahawa mengejutkan bola sepak Johor yang telah tidur selama lebih 20 tahun malah pernah menjadi hab pengaturan perlawanan adalah satu cabaran hebat. Cabaran itu diolah menjadi motivasi kepada baginda lalu hasilnya JDT kini telah menguasai secara total di peringkat domestik dan sedang progresif di peringkat bolasepak antarabangsa.

DUNIA MENGIKTIRAF PENCAPAIAN DAN DEDIKASI Satu pengiktirafan mengkonsepsikan hasil kerja yang efektif, sumbangan serta dedikasi DYAM Tunku Mahkota Johor apabila menjadi individu pertama dari Malaysia malah satu-satunya individu dari Asia tenggara yang telah diberi penghormatan untuk berucap di Persidangan Bolasepak Dunia Asia (WFSA) pada tahun dua ribu enam belas dan dua ribu lapan belas.

Pengiktirafan ini menyaksikan baginda berdiri sama tinggi sebaris tokoh, intelektual bola sepak terkemuka dunia seperti Presiden La Liga, Javier Tebas dan beberapa tokoh kelab ternama dunia yang lain.Persidangan WFSA adalah satu platform dimana tokoh berpengaruh dalam dunia bola sepak telah dijemput untuk berkonsultasi berkaitan bola sepak. Tidak berhenti di situ, baginda mendapat satu lagi penghormatan tertinggi apabila diiktiraf sebagai ahli kehormat badan dunia tersebut.

JDT, DARI SEKADAR NAMA KE SEBUAH JENAMA Konstruktif nama JDT adalah sebuah kelab yang mempunyai misi, visi dan aspirasi yang telah diatur dengan rapi sejak kewujudan. Satu proposisi dari sekadar nama bagi sebuah kelab yang muda dalam Malaysia ke sebuah jenama terkemuka dan terkenal di dunia.

Perit getir sepanjang mengemudi JDT kini membuahkan hasil apabila JDT telah mendapat kepercayaan penajaan dalam jangka masa panjang daripada syarikat-syarikat mega multi nasional dalam dan luar negara. Kejayaan menarik minat syarikat-syarikat gergasi antarabangsa seperti Hublot menyaksikan nilai komersialisasi jenama JDT melonjak naik.

DYAM Tunku Mahkota Johor juga ada menyatakan bahawa baginda berjaya meningkatkan kewangan kelab dari RM30 kepada RM120 juta dalam masa satu tahun dimasa kebanyakan kelab dan pasukan dalam Malaysia hanya menunggu belas ehsan dana Kerajaan Negeri.

Disamping itu DYAM Tunku Mahkota Johor berjaya menampilkan JDT sebagai satu-satunya kelab yang telah berjaya menarik minat pelabur berpotensi besar untuk menginvestasi dalam kelab kebanggaan kita ini.

MENJADIKAN JDT TEMPAT PERSINGGAHAN TOKOH DAN LAGENDA BOLA SEPAK DUNIA Dahulu, satu ketika dahulu. Kebanyakan peminat bola sepak dalam Malaysia hanya mampu bermimpi dan berimaginasi untuk melihat nama-nama besar, tokoh serta lagenda bola sepak dunia datang ke Malaysia. Melihat di depan mata kelibat mereka beraksi pula menjadi sesuatu yang tidak pernah terlintas dalam pemikiran logikal. Namun dengan kewujudan JDT dan kehadiran DYAM Tunku Mahkota Johor, semuanya yang mustahil telah menjadi sesuatu yang tidak mustahil.

Himpunan nama-nama besar seperti bekas bintang Portugal, Luis Figo, bekas bintang Brazil, Ronaldo, Roberto Carlos dan Bebeto selain kelibat bekas bintang Argentina, Claudio Caniggia, bekas bintang Itali, Marco Materazzi, bekas bintang Perancis, Robert Pires, bekas bintang-bintang Manchester United, Gary Neville, Ryan Giggs, David Beckam, Juan Sebastian Veron dan ramai lagi pernah singgah di Negeri Johor.

Rata-rata mereka menyatakan amat kagum dengan kesempurnaan hala tuju, falsafah, aspirasi, reputasi, fasiliti, infrastruktur, dan imej JDT yang dilihat terlalu eksklusif, bertaraf dunia dan menakjubkan.

Akhir penulisan, banyak lagi perkara-perkara yang berjaya dicatatkan oleh baginda sepanjang perjalanan membina sebuah empayar. Antaranya kejayaan memperkasakan dan menaik taraf karier pemain bola sepak Malaysia sehingga mengubah individu-individu dalam industri bolasepak menjadi seorang “superstar” dan jutawan.

Manakala misi luar biasa iaitu kearah pengiktirafan nilai 1Billion JDT bakal menjadi kenyataan dalam jangkaan masa dua tahun yang akan datang.TMJ, The Pioneer! Satu interpretasi yang konklusif.

Saya adalah individu yang tidak pernah berpuas hati. Saya percaya perjalanan masih jauh lagi dan ia masih jauh lagi untuk melakukannya. Itulah bagaimana ia akan berlaku dan saya teruja untuk masa depan kelab ini -DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Sumber artikel: Media JST