Dalam Radar BG Pathum United

Kelab Thai League 1, BG Pathum United nampaknya belum selesai dalam pemburuan mereka mendapatkan pemain dimana baru-baru ini pasukan itu dikhabarkan mahu mendapatkan bekas pemain Pahang, Chan Vathanaka.

Menurut laporan SMM Sport, BG mahu mendapatkan Vathanaka bagi menghadapi baki saingan Thai League musim ini sekaligus memperkuatkan jentera ser@ngan pasukan.

Pemain sayap berusia 26 tahun itu kini beraksi bersama Boeung Ket Angkor FC, yang ketika ini menghuni tangga ketiga dalam saingan Metfone Cambodian League (MCL).

Selain pernah beraksi bersama Pahang, Chan Vathanaka juga pernah menyarung jersi PKNS FC atau sekarang dikenali sebagai Selangor 2 pada musim 2019 lalu. Selain itu, Vathanaka juga pernah beraksi di Jepun apabila menyertai Fujieda MYFC secara pinjaman dari Boeung Ket pada 2017.

Jika Vathanakan menyertai BG Pathum, maka kelab tersebut akan mempunyai empat pemain dari Asean setelah menandatangani Norshahrul Idlan Talaha (Malaysia), Irfan Fandi (Singapura) dan Alvaro Silva (Filipina).