Cheng Hoe Tak Layan Taktik Kotor Vietnam

Vietnam dianggap cuba mencetuskan per@ng psik0logi selepas dipercayai ‘meng!ntip’ perkembangan dan perancangan skuad Harim@u Malaya bagi mengharungi aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, di sini, pada Oktober ini.

Ia susulan terdapat laporan media negara itu yang menyatakan Persatuan Bolasepak Vietnam (VFF) mengetahui perkembangan skuad kendalian Tan Cheng Hoe yang bakal diperkuatkan dengan pemain naturalisasi kedua, Liridon Krasniqi.

Cheng Hoe dilihat enggan melayan per@ng psikologi yang cuba dicetuskan skuad N@ga Emas itu, sebaliknya lebih mementingkan perancangan dan persiapan Harim@u Malaya bagi mengharungi tiga perlawnan terakhir kelayakan.

Namun, bekas pengendali Kedah itu menjelaskan skuad Harim@u Malaya juga ‘tidak tidur’ apabila mengakui beliau turut memantau perkembangan pasukan lain dalam Kumpulan G termasuk Vietnam, Thailand dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Vietnam berada di kedudukan teratas dalam Kumpulan G, mereka sudah pasti tidak mahu lepaskan peluang terbaik (ke peringkat seterusnya). Jadi kita rasa ini sebagai per@ng psik0logi.

Setiap jurulatih ada cara dia nak uruskan pasukan dan menunjukkan mereka serius. Apa yang penting kami termasuk FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia), barisan kejurulatihan dan pemain fokus dengan tugasan kita.

Kalau kita tengok Thailand dan UAE pun buat persiapan yang terbaik. Dalam kumpulan ini, setiap pasukan mengambil keputusan mereka sendiri untuk memantapkan lagi pasukan.

“Memang kita perlu ambil tahu juga mengenai persiapan pasukan seperti Vietnam, tapi yang paling penting kita perlu persiapkan pasukan kita dalam keadaan paling terbaik,” katanya kepada BH Sukan, semalam.

Selain mengikuti perkembangan Harim@u Malaya, Vietnam juga dilaporkan mahu mengorak langkah dengan merancang mengambil pemain naturalisasi atau kacvkan.

Malah, VFF sebelum ini dikatakan akan membawa penjaga gol kacukan Vietnam-Republik Czech dalam usaha memperkuatkan lagi skuad kendalian Park Hang-seo.