Cheng Hoe Kembali Lega

KUALA LUMPUR: Malaysia yang bakal mengharungi jadual padat bermula Oktober ini amat lega apabila saingan Piala AFF yang sepatutnya berlangsung pada November ditunda ke tahun depan.

Pengendali Malaysia, Tan Cheng Hoe berkata, penundaan itu memberi ruang buatnya menyiapkan pasukan menghadapi cabaran g3tir kelayakan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Kalau Piala AFF diteruskan bermakna Malaysia ada perlawanan pada Oktober, November serta Disember, mereka pasti tidak bersedia secara mental dan fizikal.

Tahun depan pun sebenarnya jadual bola sepak agak padat, tetapi lebih baik tidak main banyak perlawanan tahun ini kerana pemain sudah tiga bulan tidak beraksi secara kompetitif akibat C0vid-19, kata Cheng Hoe kepada Utusan Malaysia hari ini.

Kelmarin, Persekutuan Bolasepak ASEAN memutuskan untuk menunda Piala AFF kerana tidak melihat pandemik Covid-19 mampu pulih menjelang hujung tahun.

Skuad Harimau Malaya akan menyambung kempen Kumpulan G, Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia dengan menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Dubai, 8 Ogos ini.

Mereka kemudian akan menerima kunjungan Vietnam di Bukit Jalil, lima hari kemudian dan menentang Thailand di Bangkok pada 17 November.