Cheng Hoe bidas kritikan jurulatih Vietnam – Park Hang seo

Permohonan pertukaran pemain baharu khususnya di posisi penjaga gol dibuat atas alasan kukuh dan bukannya kerana suka-suka.

Jelas pengendali skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe, langkah pihak pasukan memohon pertukaran itu juga tidak menyalahi peraturan pertandingan, di mana ia dibenarkan tetapi hanya membabitkan pertukaran penjaga gol sahaja.

Malah, cabaran berdepan ‘ser@ngan’ C0v!d-19 pada bila-bila masa tanpa disedari turut menuntut fleksibiliti daripada semua pihak agar kempen Piala AFF dapat dilangsungkan atas semangat kesukanan tinggi.

“Kita faham peraturan pertandingan ini, tetapi kita juga kena faham dengan cabaran dalam C0v!d-19 ini. Pasukan perlukan fleksibiliti dengan dengan pasukan lain juga yang mungkin menghadapi masalah sama.

“Kita faham situasi semasa, dan fleksibiliti untuk benarkan (pertukaran) terutama posisi penjaga gol dibenarkan, kecuali jika tak boleh kita kena harungi jugalah,” katanya.

Jawapan Cheng Hoe itu sebagai menjawab kritikan jurulatih pasukan Vietnam, Park Hang-seo yang mempertikaikan keputusan penganjur Persekutuan Bolasepak Asean (AFF) apabila meluluskan permohonan pertukaran pemain oleh kem Malaysia itu.

Kata Hang-seo yang berasal dari Korea Selatan itu, semua pasukan dibenarkan menyenaraikan 30 pemain namun ia tidak digunakan sebaiknya oleh pasukan negara apabila hanya membawa 24 pemain sahaja.

sumber : arena metro

Namun selepas empat pemain disahkan p0sitif C0v!d-19, Hang-seo menganggap adalah tidak wajar untuk Malaysia membawa pemain baharu.