Cheng Hoe bebas

Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe, tidak akan dib3bankan dengan dua tugas sehingga pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 tamat Jun 2020.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mahu pengendali berusia 51 tahun itu terus membimbing skuad Harimau Malaya tanpa dib3bani dengan tanggungjawab lain termasuk sebagai ketua jurulatih skuad B-22 negara.

Timbalan Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi, berkata fokus utama Cheng Hoe tahun hadapan adalah memastikan skuad Harimau Malaya melepasi saingan kelayakan itu dan beraksi dalam pusingan akhir Piala Asia 2023.

“Kami (FAM) tidak berbincang pun mengenai hal ini (menjadi ketua jurulatih skuad B-22) dengan beliau (Cheng Hoe) kerana nak dia fokus bagi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023. Sebelum bulan Jun, kita tidak mahu fokus beliau lari daripada pasukan kebangsaan.

“Tiada keperluan yang mendesak untuk kita melantik pengganti Datuk Ong (Kim Swee) kerana skuad B-22 tidak mempunyai sebarang kejohanan besar tahun hadapan,” katanya.

Cheng Hoe disebut-sebut antara calon untuk membimbing skuad Bawah 22 Tahun (B-22) negara selepas FAM mengumumkan kontrak Datuk Ong Kim Swee yang berakhir akhir tahun ini tidak akan disambung.

Bagaimanapun, skuad B-22 tidak akan mengharungi sebarang kejohanan antarabangsa pada 2020 apabila ga gal beraksi pada Kejuaraan B-23 Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2020 Januari ini selepas terkandas dalam pusingan kelayakan, Mac lalu.

“Jika ada perlawanan persahabatan, mungkin kita akan lantik ketua jurulatih skuad B-18, Brad (Maloney) untuk mengendalikan pasukan buat masa itu,” tambah beliau.

Sementara itu, Maloney berkata beliau tidak memikirkan mengenai kekosongan yang akan ditinggalkan Kim Swee.

“Saya tidak pula memikirkan mengenainya kerana tidak ada sebarang perbincangan formal dengan saya berhubung ini,” katanya.

sumber: SA

Malaysia akan menghadapi dua aksi berdepan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) di Dubai dan Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil masing-masing 26 Mac dan 31 Mac tahun hadapan sebelum menamatkan saingan kumpulan berdepan Thailand di Bangkok pada Jun.

Skuad Harimau Malaya kini berada dalam posisi selesa di kedudukan kedua Kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 dengan mengumpul sembilan mata selepas mengharungi lima daripada keseluruhan lapan aksi kumpulan.

Hanya Emiriyah Arab Bersatu (UAE) yang berada di kedudukan keempat liga dengan enam mata memiliki kelebihan satu perlawanan sementara pendahulu Vietnam unggul dengan 11 mata diikuti Thailand di kedudukan ketiga (lapan mata) dan Indonesia tercorot selepas lima perlawanan.

— BERNAMA