CEO MFL Mengesahkan

CEO MFL, Datuk Ab Ghani Hassan mengesahkan sebanyak 10 buah pasukan termasuk 6 pasukan Liga Super dan 4 Liga Premier diberi kebenaran untuk mengadakan sesi latihan tanpa sentuhan fizikal.

Ini terdiri daripada UiTM FC, JDT, Selangor, Terengganu, Perak dan Melaka United serta Negeri Sembilan, JDTII, TFC II dan Selangor II.

“Sehingga kini, perkembangan permohonan daripada pasukan adalah positif dan beberapa pasukan telah mula membuat ujian calitan atau swab test kepada pemain dan pegawai masing-masing,” kata Ghani kepada Sinar Harian.

Bagaimanapun, Ghani mengakui masih ada beberapa pasukan yang masih belum melengkapkan dokumen.

“Setakat ini 13 pasukan telah menghantar dokumen wajib SOP kepada kita bagi tujuan memulakan latihan masing-masing.

“Kelulusan bagi tiga lagi pasukan terpaksa ditangguhkan kerana didapati dokumen SOP yang dihantar tidak lengkap.

“Bagaimanapun, ada pasukan yang telah menghantar semula permohonan berkenaan dan ia sedang disemak oleh pihak urusetia SOP MFL.”