Cara Semak Wang i-Lestari KWSP Dikreditkan Bagi Bulan Kedua (Jun)

Cara Semak Wang i-Lestari KWSP Dikreditkan Bagi Bulan Kedua. Panduan buat anda yang telah membuat permohonan pengeluaran i-Lestari KWSP. Bilakah tarikh bayaran pengeluaran i-Lestari KWSP bulan kedua? Untuk makluman, kini anda boleh membuat semakan wang i-Lestari KWSP bagi bulan kedua telah dikreditkan ke akaun bank mulai 1 Jun 2020.

Bulan lalu, pengagihan wang pengeluaran i-Lestari KWSP dikreditkan ke akaun bank mulai 4 Mei 2020. Bagi anda yang nak semak wang i-Lestari KWSP sama ada telah diterima atau tidak bagi bulan kedua (Jun), sila ke portal i-Akaun untuk semakan secara online.

CARA SEMAK WANG I-LESTARI KWSP DIKREDITKAN BAGI BULAN KEDUA

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Pengeluaran i-Lestari KWSP Akaun Kedua termasuk memaparkan tarikh bayaran dan aplikasi semakan :

APA ITU PENGELUARAN I-LESTARI KWSP?

Pengeluaran i-Lestari bagi Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan satu kemudahan kewangan yang disediakan oleh kerajaan dalam usaha membantu mengurangkan tekanan kewangan rakyat Malaysia ekoran penularan w!bak Cov!d-19.

TARIKH DAN JUMLAH BAYARAN PENGELUARAN I-LESTARI

Pembayaran Pengeluaran i-Lestari bagi bulan pertama telah dikreditkan daripada 4 Mei sehingga 18 Mei 2020. Menurut makluman terkini, pembayaran pengeluaran i-Lestari KWSP bagi bulan kedua telah dikreditkan ke akaun bank mulai 1 Jun 2020.

Amaun Pengeluaran i-Lestari yang layak dikeluarkan adalah minimum RM50 dan maksimum RM500 sebulan tertakluk kepada jumlah simpanan yang ada di dalam Akaun 2 semasa bayaran pengeluaran bagi bulan berkenaan dibuat.

Nota :

a. Bayaran pengeluaran akan dimajukan ke bank pilihan anda mulai 1 Januari 2020 secara berperingkat. Sekiranya akaun bank anda tidak aktif atau dibekukan, sila berhubung terus dengan pihak KWSP untuk maklumat lanjut.

b. Pembayaran i-lestari akan dilakukan pada setiap 1hb setiap bulan. Tarikh yang berada dalam sistem hanya terpakai pada pembayaran bulan pertama sahaja. Jika pada 1 Jun 2020 masih belum terima lagi pembayaran bermakna pihak KWSP membuat pembayaran secara berperingkat.

SEMAKAN DUIT I-LESTARI MASUK KE AKAUN

A. Anda boleh semak melalui i-Akaun bagi yang mendaftar melalui i-Akaun.

Daftar atau log masuk ke i-Akaun (Ahli)
melalui laman web rasmi KWSP
www.kwsp.gov.my.Masukkan User ID untuk ke halaman utama i-Akaun.Lihat di bahagian ‘Withrawal’, anda boleh tahu sama ada pengeluaran i-Lestari telah dikreditkan pada ‘payment date’.

B. Bagi anda yang guna sistem i-Lestari Online pula boleh disemak di portal tersebut dan akan dipaparkan tarikh bayaran anda.

C. Bagi anda yang telah dikreditkan ke akaun bank akan dimaklumkan dengan penghantaran SMS daripada PIHAK KWSP

Untuk keterangan lanjut tentang i-Lestari KWSP, sila layari ke laman web https://www.kwsp.gov.my/ms/faq-i-lestari.