Calar Rekod Bersih JDT

Felda United muncul pasukan pertama yang berjaya mencur! mata dari Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas berjaya mengikat juara bertahan Liga Super itu dengan keputusan 1-1 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada Sabtu.

Dalam aksi yang berlangsung tanpa kehadiran penonton itu, jaringan pemain import Gambia, Frederic Bulot pada separuh masa kedua telah memadam gol pendahuluan JDT yang dijaringkan oleh peny3rang kebangsaan, Muhammad Syafiq Ahmad 

JDT turun tanpa kelibat Leondro Velazquez yang mengalami keced3raan sewaktu menentang PDRM tempoh hari dan digantikan dengan Muhammad Syafiq Ahmad. Liridon juga diletakkan di bangku simpanan dan Gonzalo Cabrera kembali memulakan perlawanan.

Felda juga telah menurunkan pemain pertahanan importnya, Nicola Raspopovic menggantikan Azmizi Azmi. Kelibat peny3rang utama, Khairul Amri Mohamad Kamal tiada dalam senarai pemain. Namun Bulot telah kembali ke kesebelasan utama.

JDT mendapat peluang awal pada minit ke-12 menerusi Diogo yang menerima hantaran lintang Corbin Ong, namun tandukannya tersasar di sebelah kiri gawang pasukan pelawat.

Selepas 20 minit menguasai perlawanan, JDT nyata unggul untuk mendahului perlawanan selepas Mathew Davies bijak melepasi kawalan pertahanan dan membuat hantaran lintang rendah dari sebelah kanan kepada Syafiq Ahmad yang menguis bola masuk ke gawang gol yang dikawal Muhaimin Mohamad.

Tidak mahu mengalah terlalu awal, Felda United mula mengatur ser@ngan dan mendapat peluang pada minit ke-28 menerusi percubaan Nicolas Velez, namun Farizal Marlias lebih bersedia untuk menyelamatkan keadaan.

Natxo Insa juga mendapat peluang untuk menjaringkan gol kedua pasukannya, namun Muhaimin cemerlang menafikan tandukannya hasil dari sepakan penjuru.

Kedua-dua pasukan kemudian saling berbalas ser@ngan tetapi gagal menghasilkan gol sehingga pengadil meniupkan wisel menandakan tamat separuh masa pertama.

Bermula babak kedua, Felda United mula memperkemaskan corak permainannya dan hasilnya Frederic Bulot menyudahkan gerakan satu dua Velez dan Ryutaro Megumi pada minit ke-51.

Tersentak dengan gol penyamaan itu, JDT kembali melancar ser@ngan bertubi-tubi ke arah kubu pelawat dan berjaya mendapatkan sepakan penalti apabila Ariff Farhan Md Isa tertampan bola dengan tangannya.

Walaubagaimanapun, Muhaimin Mohamad tenyata cemerlang pada malam ini untuk menafikan sepakan Cabrera dengan melayangkan badannya ke kanan bagi menafikan gol kedua JDT.

Aksi bertambah rancak dengan kedua-dua pasukan mempamerkan corak permaianan pantas dan saling berb@las ser@ngan sehingga pengadil mula melayangkan kad kuning kepada beberapa pemain yang membuat kek@saran.

Ketika perlawanan berbaki 5 minit, Benjamin Mora memasukkan pemain muda, Arif Aiman Mohd Hanapi dan Syamer Kutty Abba sebagai usaha akhir bagi mendapatkan gol kemenangan.

Felda United yang juga telah membuat beberapa pertukaran pemain cekal bertahan untuk memastikan gawang mereka tidak lagi dibolosi sehingga tamat perlawanan dan meraikan kejayaan mencur! satu mata untuk dibawa pulang ke Jengka.

Penjaga gol Felda United selayaknya dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan selepas beraksi cemerlang menafikan percubaan-percubaan berb@haya sepanjang malam ini.

Keputusan seri itu telah mencalarkan rekod kemenangan 100 peratus JDT dalam kempen Liga Super, namun skuad Harimau Selatan masih gah di persada liga dengan 10 mata dari empat perlawanan.