Butang ‘kecemasan’ terpaksa ditekan – Cheng Hoe

Sekalipun tidak disenaraikan sebelum ini kerana enggan memerah keringat secara berlebihan, namun barisan kejurulatihan menekan butang ‘kecemasan’ apabila memanggil bintang Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi.

Jurulatih skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe menjelaskan pemain berusia 19 tahun itu dipanggil bagi menggantikan seorang lagi pemain, Mohamadou Sumareh yang tidak dapat bersama pasukan susulan masalah kecederaan pangkal paha.

Kehadiran bintang sedang meningkat itu pasti melegakan Cheng Hoe terutamanya selepas skuad ketika ini kian ‘menipis’ susulan kehilangan beberapa tonggak yang turut berdepan masalah keced3raan.

“Kita dapat perkhabaran bahawa Sumareh tidak dapat bersama kita kerana selepas urusan keluarga, dia mengalami kec3der@an dan tidak dapat pulih dalam masa singkat.

“Jadi kita memanggil Arif dan kita gembira dia dapat bersama kita dalam skuad kebangsaan. Saya sempat berbual dengannya dan dia memang sudah bersedia untuk bersama kita.

“Apa yang penting adalah kita terus fokus pada perlawanan yang akan kita hadapi di Singapura nanti,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan di Kompleks Sukan PKNS, Kelana Jaya, di sini, hari ini.

Dalam masa sama, Cheng Hoe turut mendapatkan khidmat penjaga gol PJ City FC, Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi bagi menggantikan Azri Ab Ghani yang terpaksa diketepikan juga kerana masalah keceder@an.

“Azri mengalami kesakitan di bahagian bahu selepas kecederaan. Jadi kita mengambil langkah segera dengan memanggil Kalamullah.

sumber : BH

“Dia pun sudah bersama kita sejak latihan pusat pada Oktober lalu dan dia adalah pengganti yang baik untuk Azri,” katanya.