Bukan Punca Shukor Adan

KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) terpaksa melupakan hasrat untuk mendapatkan khidmat Victor Anichebe selepas did@kwa tidak mampu memenuhi permintaan daripada bekas penyerang Everton itu.

Menurut sumber daripada salah seorang ejen pemain yang terbabit dalam rundingan itu, mendakwa gaji yang diminta Anichebe kira-kira AS$40,000 (RM163,000).

“MUSA memang ada runding melalui orang tengah, cuma mereka tak dapat tunaikan permintaan gaji Anichebe termasuk yuran menandatangani, bonus gol dan lain-lain.

“Dia (Anichebe) pernah beraksi dalam Liga Perdana Inggeris (EPL), sudah tentu gaji yang diminta agak tinggi,” kata ejen yang enggan dinamakan kepada BH Sukan, semalam.

Dakwaan daripada ejen terbabit sekali gus menafikan kenyataan Presiden MUSA, Damian Yeo Shen Li yang dilaporkan berkata beberapa pemain import yang sedang dirunding termasuk Anichebe menarik diri susulan isu tunggakan gaji bekas pemain Melaka United, Shukor Adan.

“Mesti lari, saya tidak akan bagitahu siapa, tetapi antaranya adalah bekas pemain Everton, Victor Anichebe yang sedang kita runding.

“Walaupun agak mahal, terus terang saya cakap ia berada dalam bajet MUSA, kerana kita tidak mengambil pemain import kelima, jadi bajetnya dapat kita tumpukan terhadapnya,” kata Damian seperti dilaporkan salah sebuah portal, kelmarin.

sumber: BH

Kem3lut antara Damian dan Shukor terc3tus selepas pemain berusia 40 tahun itu mengemukakan afidavit kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Isnin lalu bagi menuntut tunggakan gajinya.