perlu membayar pamp@san

Pemain-pemain Akademi Mokhtar Dahari (AMD) bukan lagi untuk diambil secara percuma, selepas ini mana-mana pasukan yang berminat dengan khidmat mereka perlu membayar sejumlah pamp4san yang akan ditetapkan oleh Majlis Sukan Negara (MSN).

Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi berkata ia solusi yang difikirkan adil demi memastikan AMD mempunyai dana tambahan bagi merangka lebih banyak program pembangunan bolasepak akar umbi selain menambah beberapa keperluan di akademi itu.

“Kita bukan menjual mereka, sebaliknya satu pampasan kepada akademi yang telah mendidik, mengilap dan mengetengahkan potensi pemain itu. Duit itu akan digunakan sebaik mungkin untuk kesinambungan akademi dan kelancaran operasi akademi seterusnya membangunkan bakat lain pula.

“Jika sebelum ini pasukan akan berurusan dengan ibu bapa dan keluarga untuk mendapatkan pemain, selepas ini ia perlulah melalui MSN. Kita akan tetapkan garis panduan jumlah yang perlu dibayar mengikut skema disediakan oleh FIFA bagi pemain dari program pembangunan.

“Tetapi ia tidaklah terlalu tinggi sehingga boleh membebankan pasukan yang mahu mendapatkan mereka, kerana kita tidak mahu menyekat pembangunan karier mereka ke peringkat lebih tinggi sama ada mewakili pasukan tempatan mahupun luar negara,” kata Ahmad Shapawi kepada media selepas hadir menyaksikan final Piala Supermokh 2019.

Selangor dan Johor Darul Takzim difahamkan akan merekrut sejumlah besar pemain dari AMD untuk bermain dengan ‘feeder team’ mereka selain turut menganggotai pasukan Piala Presiden pada musim 2020 nanti justeru dalam hal ini, dua pasukan itu bolehlah dikatakan sebagai beruntung memandangkan pelaksanaan pembayaran pampasan hanya akan dilaksanakan paling awal pada tahun depan.