Bukan Biasa-biasa Pembeli Kasut Khalid

SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan membeli Kasut Emas milik bekas pemain bola sepak kebangsaan, Khalid Jamlus.

Menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook Selangor Royal Office hari ini, baginda membeli kasut berkenaan pada satu nilai yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Baginda juga berkenan meletakkan trofi Kasut Emas yang dimenangi Khalid pada 2002 itu di Muzium Galeri Bola Sepak Selangor yang terletak di pekarangan Istana Alam Shah, Klang.

Majlis penyerahan ringkas berlangsung di Istana Alam Shah.

Sebelum ini media melap0rkan bekas penyrang kebangsaan itu menjual Kasut Emas yang dimenangi 18 tahun lalu atas faktor kewangan selepas tiga tahun tiada pekerjaan.

Khalid merangkul Anugerah Kasut Emas selepas meled@kkan 17 gol yang turut berjaya membantu Perak muncul juara Liga Perdana 1 pada musim 2002.

Selain Kasut Emas, Khalid turut membuat lel0ngan pelbagai barangan peribadi termasuk poster, jersi serta medal yang dimenangi sepanjang kariernya.