Kini Giliran Brendan Gan, Sumareh Dan Halim Shaari Buat Kejutan

Tiga pemain Brendan Gan, Mohamad Sumareh dan Halim Shaari (bukan Syazwan Zainon) akan menjadi tumpuan dunia di Stadium Shah Alam pada Sabtu, apabila masing-masing akan cuba mengawal jatvhan bola dari ketinggian 65 meter bagi memahat nama dalam Guiness World Record.

Rekod dunia bagi mengawal bola jatuhan daripada altitut tertinggi pada ketika ini dipegang oleh bekas pemain Liverpool dan Tottenham Hotspur, Jamie Redknapp dengan ketinggian 38.924 meter pada jun tahun lalu.

Sebelum itu, rekod tersebut dipegang oleh bekas pemain sayap Arsenal, Theo Walcott yang berjaya mengawal bola jatvh daripada ketinggian 34 meter setahun sebelumnya.

Di Malaysia, kami difahamkan pemain yang paling handal mengawal bola dari altitud tinggi adalah Fakri Saarani.

Apakah sejarah baru akan tercipta di Shah Alam?