Bos besar The Red Warriors jawab spekulasi

KUALA LUMPUR: Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman menafikan spekulasi bahawa legenda Itali, Christian Panucci akan membimbing pasukan itu musim ini.

Norizam atau lebih dikenali sebagai Zamsaham ketika dihubungi BH Sukan, hari ini, sebaliknya menjelaskan ia hanya khabar angin.

“Khabar angin,” katanya.

Pengesahan bos besar The Red Warriors (TRW) itu sekali gus menjawab segala persoalan mengenai spekulasi itu.

Walaupun sah Kelantan akan menggunakan jurulatih dari Itali musim ini, namun individu itu bukanlah Panucci.

Terdahulu, spekulasi mengenai pelantikan Panucci heboh diperkatakan di media sosial terutama selepas Zamsaham mengesahkan pasukan itu akan dibimbing jurulatih dari Itali.

Sumber : BH