Bolehkah De Paula jadi penyelamat

Seorang demi seorang pemain mereka men!nggalkan pasukan. Penyokong The Bos Gaurus mula r3sah melihat pemain seperti Brendan Gan, Norhakim Hassan dan bekas ketua pasukan Nasir Basharudin meninggalkan pasukan.

Mereka mula tertanya-tanya, adakah Presiden Persatuan Bolasepak Perak (PAFA), yang juga Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sekadar bersel0roh ketika menyatakan mengenai persiapan pasukan Perak untuk Liga Super 2020 yang dikatakan ‘steady’.

Tiba-tiba, penyokong The Bos Gaurus dikejutkan dengan berita yang paling mengujakan mereka. Bekas penyerang Kuala Lumpur, Guilherme De Paula sah menyertai Perak. Berita ini telah membuatkan penyokong Perak mula merasa lebih teruja untuk menghadapi musim depan.

Tapi, apa yang boleh diberikan oleh Guilherme De Paula kepada pasukan Perak?

Satu perkara yang pasti, Perak memiliki seorang peny3rang yang sudah biasa dengan Liga Malaysia dan tidak memerlukan tempoh yang lama untuk menyesuaikan diri.

De Paula sudah lama berada di Malaysia untuk mengetahui apa yang diperlukan untuk menjadi seorang peny3rang yang hebat. Pernah beraksi untuk pasukan Selangor, PDRM dan Kuala Lumpur, pemain berusia 33 tahun ini sudah masak dengan corak permainan di Liga Malaysia.

De Paula juga membawa rekod jaringan yang cukup baik. Biarpun hanya beraksi selama tiga musim bersama Kuala Lumpur, dia sudah bergelar penjaring kedua terbanyak sepanjang zaman buat pasukan ibu kota itu. Musim pertamanya bersama Kuala Lumpur di Liga Super menyaksikan dia menjaringkan 13 gol daripada 19 penampilan.

Dia juga merupakan pemenang kasut emas Liga Malaysia 2017 apabila menjaringkan 30 gol daripada 27 penampilan sepanjang musim tersebut. Satu perkara yang pasti, Perak tidak akan menunggu lama untuk melihat De Paula menjaringkan gol.

Selain itu, De Paula juga bakal kembali beraksi bersama dua individu yang sangat dikenalinya. Menyertai Selangor pada tahun 2015, dia beraksi di bawah kendalian jurulatih Perak sekarang, Mehmet Durakovic dan rakan senegaranya. Leandro Dos Santos. Dengan adanya Mehmet dan Leandro, ini lebih memudahkan De Paula untuk cepat serasi bersama pasukan dan sudah mengetahui apa yang diinginkan oleh jurulatihnya.

Satu lagi perkara yang bakal menguntungkan Perak adalah Guilherme De Paula adalah salah seorang daripada dua pemain yang akan dinaturalisasikan bagi membolehkan mereka meny3rang jersi Harimau Malaya. Apabila ini berlaku, status De Paula daripada pemain import akan berubah menjadi pemain tempatan dan slot import itu boleh digunakan untuk membawa pemain import lain. Ini sudah tentu akan memberikan kelebihan buat Perak.

Jika De Paula mampu meneruskan rentak jaringannya, Perak ternyata mempunyai seorang peny3rang hebat di tangan mereka. Kini apa yang diperlukan oleh mereka adalah untuk memastikan ada pemain-pemain yang mampu membantu De Paula menjaringkan gol. Mampu atau tidak De Paula membantu Perak menjadi lebih baik pada musim hadapan tetap akan berg4ntung kepada pemain mana lagi yang akan dibawa oleh The Bos Gaurus.