‘Boleh menang Anugerah Puskas kalau gol macam ini’

SKUDAI – Jaringan unik pelajar dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ketika bermain futsal menarik perhatian net!zen termasuk FIFA Women’s World Cup.

Manakan tidak, menerusi paparan video yang dimuat naik di Twitter NurFadilah, seorang daripada mereka telah berjaya menjaringkan satu gol namun menariknya, jaringan itu bukanlah memasuki gawang futsal sebaliknya tepat ke arah jaring bola keranjang.

Meskipun video durasi 9 saat itu dimuat naik pada minggu lalu tetapi sehingga kini video tersebut tu lar dan mencecah 859,000 tontonan dari net!zen.

Perkongsian video turut dikongsi oleh akaun rasmi bola sepak wanita antarabangsa iaitu FIFA Women’s World Cup.

Entri tersebut menyatakan, jaringan tersebut layar digelar ‘goal of the year’.

Aksi tular itu mendapat pelbagai reaksi dari net!zen yang tidak menyangka video mereka iu popular di dalam dan luar negara.

“Tahniah, video kamu semua dapat perhatian peringkat antarabangsa.” @yhuee

Kata @_ArisAsri,”Kamu semua nak main futsal ke nak main bola keranjang sebenarnya?

@pokmudosyapik memberitahu, “Boleh menang anugerah puskas kalau gol macam ini.”

Leave a Reply

Your email address will not be published.