Berita Gembira Untuk Golongan Bujang,Insya-Allah.

Berita gembira kemungkinan bakal menanti golongan bujang selepas kerajaan dijangka memberi pertimbangan untuk kumpulan tersebut rentas negeri dan pulang ke kampung halaman.

Menurut Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kerajaan tidak akan menutup pintu untuk golongan bujang melepaskan rindu kepada ibu bapa di kampung.

Bagaimanapun, beliau memohon agar golongan bujang memberikan sedikit masa kepada kerajaan untuk meneliti hal tersebut.

“Saya pun bersimpati, saya pun pernah bujang dulu setiap minggu kalau boleh nak jumpa arwah emak saya. Tentu kita rindu selama dua bulan dan tiga bulan ini (untuk jumpa ibu bapa).
“Saya faham, Insya-Allah seperti yang saya kata tadi kita sudah mula berbincang beberapa kelonggaran seperti yang saya sebutkan tadi dan kita akan bincangkan setiap minggu dan setiap hari dalam Mesyuarat Khas Menteri-Menteri.

sumber: astroawani

“Jadi, bujang yang rindukan kampung halaman, beri masa kepada kita untuk kita bincangkan bila mereka boleh memulakan perjalanan nanti.
“Jadi, Insya-Allah kita tidak akan tutup pintu buat mereka selama-lamanya. Insya-Allah kita akan beri peluang,” katanya dalam sidang media harian, di sini pada Ahad.