Berita Gembira Buat Penyokong Kedah

PEMAIN pertahanan Kedah, Azmeer Yusoff bersyukur kerana sudah pulih daripada d3mam panas yang dialaminya selepas menerima rawatan beberapa hari lalu.

Menurut pemain berpengalaman berusia 29 tahun itu, dia yang pada mulanya mengalami sak!t kepala dan diikuti d3mam panas, menerima rawatan lanjut di sebuah hospital di Kuala Lumpur sejak tiga hari lalu.

“Pada mulanya sak!t kepala sejak minggu lalu diikuti demam memaksa saya mendapatkan rawatan di sebuah hospital di Kuala Lumpur dan selepas pemeriksaan itu, saya terus dimasukkan ke wad.

“Alhamdulillah selepas tiga hari mendapat rawatan, keadaan saya kini sudah pulih dari demam dan dibenarkan keluar dan kini saya berehat di rumah keluarga di Kuala Lumpur.

“Saya sedar ada penyokong yang risau dan tertanya-tanya mengenai status sebenar serta perkembangan kesihatan saya selepas melihat foto terlantar di laman sosial baru-baru ini,” katanya.

Azmeer berazam untuk kembali menjalani latihan sendiri bagi meningkatkan tahap kecergasan secepat mungkin selepas pulih sepenuhnya daripada masalah kesihatan yang dialaminya itu.

“Insya-Allah sebaik pulih sepenuhnya saya berazam mahu kembali mempersiapkan diri untuk mencapai tahap kecergasan yang diperlukan.

“Saya ucapkan terima kasih diatas doa dan ucapan daripada penyokong yang mengikuti perkembangan kesihatan saya. Harap semua penyokong turut sama menjaga kesihatan masing-masing ketika wabak Covid-19 yang sedang melanda negara ketika ini.” katanya.