Berita Gembira Buat JDT

KUALA LUMPUR: Satu lagi ujian getir menanti Selangor apabila bakal berkunjung ke ‘k@ndang har!mau’ untuk bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim, malam esok.

Dengan mereka sudah pun terlepas mata penuh selepas terikat tanpa jaringan menentang Melaka minggu lalu, skuad bimbingan B Satianathan itu jelas memerlukan tiga mata untuk terus meletakkan mereka pada kedudukan lebih baik dalam misi membu ru kelompok atasan liga.

Bagaimanapun, bu ruan tiga mereka kali ini nyata tidak mudah apatah lagi selepas mengambil kira prestasi semasa pendahulu liga itu yang gah meraih tiga kemenangan berturut-turut selain turun dengan misi mempertahankan reputasi di tempat sendiri.

Satianathan mengakui aksi bertemu skuad bimbingan Benjamin Mora itu pasti memberikan cabaran yang lebih sukar buat anak buahnya namun itu tidak bermakna mereka akan menyerah kalah sebelum berjuang.

“Berdepan JDT memang sukar untuk Selangor. Mereka menang besar 7-0 ke atas Perak dan menang di tempat lawan menentang Terengganu FC (TFC).

“Tetapi apabila saya cakap JDT adalah pasukan yang kuat, penyokong akan ingat saya memberi alasan. Saya tidak pandai bercakap d0ngeng dan saya cuma cakap perkara yang benar.

“Di atas kertas, memang mereka pasukan yang kuat. Tetapi kita akan cuba kerana kita bukannya datang ke sana untuk menyerah dan mahu kalah.

“Kita akan cuba sedaya upaya dan mencari jalan bagaimana untuk bermain menentang JDT,” katanya.

The Red Giants bakal turun tanpa kelibat pemain tengah, Brendan Gan yang dig@ntung perlawanan selepas dilayangkan kad merah ketika bertemu Melaka namun Satianathan optimis dapat mencari pengganti untuk mengisi kekosongan itu.