Berita Baik , Thailand dan Filipina ubah pendirian

PERKHABARAN gembira buat penyokong bola sepak ASEAN selepas juara lima kali, Thailand dan Filipina bersedia memberikan komitmen untuk terus beraksi pada saingan Piala AFF tahun ini.

Perkara itu disahkan oleh Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) yang telah mengesahkan bahawa Thailand dan Filipina turut terlibat pada Piala AFF 2020 yang dijadualkan berlangsung pada 23 November hingga 31 Disember depan.

Sebelum ini, Thailand dan Filipina dikatakan berhajat untuk menarik diri daripada bermain pada kejohanan dwitahunan itu tahun ini.

Thailand memberikan bayangan tersebut dengan mahu memberikan tumpuan kepada perlawanan liga dan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang ditunda akibat daripada wab@k Cov!d-19.

Sementara itu, alasan Filipina pula menarik diri daripada menyertai saingan Piala AFF 2020 ekoran saingan liga domestik mereka terpaksa ditangguhkan sehingga Disember depan.

Skuad Malaysia yang muncul sebagai juara pada edisi 2010, tetap komited untuk bermain di pentas Piala AFF 2020.

Mengulas lanjut, AFF menerusi jurucakap mereka yang memberitahu, kedua-dua negara itu tidak akan menarik diri daripada bermain kejohanan Piala AFF 2020 seperti mana yang dilaporkan media sebelum ini.

Sebagai rekod, Thailand muncul sebagai negara paling berjaya di dalam kempen Piala AFF Suzuki dengan meraih lima gelaran (1996, 2000, 2002, 2014 dan 2016) manakala Filipina masih gagal dinobatkan sebagai juara sejak kejohanan (sebelum ini dikenali sebagai Piala Tig3r) pada tahun 1996.

AFF telah mengesahkan bahawa pihak kami telah berhubung semula dengan Thailand dan Filipina berdasarkan laporan-laporan yang keluar sebelum ini.

Thailand dan Filipina telah mengesahkan mereka tetap akan menghantar pasukan bertanding di Piala AFF Suzuki 2020 pada November depan,katanya.

Dalam perkembangan lain, AFF turut memberitahu Piala AFF 2020 tetap berlangsung seperti yang dijadual dan setiap perlawanan akan mengikut prosedur operasi standard (SOP) seperti yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan kementerian kesihatan setiap negara masing-masing.

Buat masa ini, Piala AFF Suzuki 2020 tetap diteruskan tetapi jika berlaku perkara luar jangkaan berkenaan Covid-19 pada masa akan datang, AFF akan kembali menilai sama ada kejohanan ini patut diteruskan atau sebaliknya,ujarnya.