Berita Baik Peminat Lang Merah

KEDAH FA DAPAT ‘LAMPU HIJAU’ DARIPADA MFL UNTUK MEMULAKAN SESI LATIHAN FASA 1 DALAM TEMPOH PKPP

Perkhabaran baik buat FA Kedah setelah mendapat kelulusan daripada Malaysian Football League untuk kembali memulakan sesi Latihan Pasukan Fasa 1 dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKPP).

Surat kelulusan daripada MFL itu berkuatkuasa pada Hari Selasa, 23 Jun 2020.

Kelulusan ini berdasarkan semakan terhadap dokumen yang diserahkan oleh pihak KFA yang telah mematuhi segala SOP yang ditetapkan seperti berikut:

1- Laporan keputusan (Swab Test): 16 pegawai dan 26 pemain yang NEGATIF Covid-19.

2- Venue latihan berdaftar (MITI): Stadium Darul Aman

Oleh yang demikian, sesi Latihan Pasukan Fasa 1 ini akan diadakan secara tertutup dan WAJIB mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Sumber : FB Kedah FA