Benjamin Mora Membuat Kejutan

Ketika JDT sedang giat mencari gol kemenangan ketika menentang Felda United di Stadium Sultan Ibrahim, Benjamin Mora membuat kejutan apabila membawa masuk Arif Aiman bagi menggantikan Nazmi Faiz Mansor dan bukannya pemain senior lain pada minit ke-85.

Namun setiap kali Arif mendapat bola, dia dengan mudah menembusi bahagian sayap lawan.

Walaupun bertubuh kecil, Arif mampu bersaing dengan pemain lawan yang jauh lebih besar dari segi fizikal dan lebih berpengalaman.

Malah, Arif sekurang-kurangnya tiga kali melakukan hantaran jauh yang tepat ke dalam kotak penalti Felda supaya JDT mendapat peluang untuk menjaringkan gol.

Meskipun perlawanan berakhir dengan seri, dan Arif hanya beraksi selama lima minit sahaja, prestasinya boleh dikatakan sangat memuaskan.

Penampilan pertamanya dengan JDT menjadikan Arif sebagai pemain termuda kelab tersebut di usia 17 tahun, 10 Bulan dan 10 hari.

Kali terakhir JDT mempunyai pemain termuda adalah Akhyar Rashid yang melakukan penampilan di usia 19 tahun selepas berhijrah dari Kedah.

Apa pandangan Benjamin Mora mengenai Arif Aiman

“Arif is a young boy, he has lots of talent and quality, I have been looking at his performance in the training session for a long time, and I think he deserves an opportunity.

“Going into this game and have responsibility for the team, its not easy, he did a good job in few minutes. He will be important for the team in the future.”

Jurulatih JDTII, Rafael Gil Sanchez turut memuji prestasi Arif ketika dia beraksi dengan pasukannya ketika menentang KL minggu lalu.

Mungkin prestasi cemerlang yang ditunjukkan Arif ketika beraksi dengan JDTII membuatkan Mora berminat untuk memberikan pemain muda itu peluang beraksi dalam pasukan utama.

“JDT II diwujudkan untuk menjadi feeder buat JDT, kata Rafael kepada Arena Metro.

“Apabila pemain muda diturunkan, mereka mendapat pendedahan terbaik dalam perlawanan kompetitif dan bersaing dengan pemain berpengalaman sudah tentu meningkatkan keyakinan diri.

”Arif Aiman berjaya meloloskan diri daripada kawalan benteng lawan malah dia juga hampir menjaringkan gol. Kaedah latihan yang serius dan memberi tunjuk ajar setiap pemain terutama pemain muda beri keyakinan kepada mereka untuk mempamerkan aksi terbaik.

“Sangat penting untuk pemain ada kekuatan mental dan ketepikan rasa takut untuk mencuba kerana dalam permainan bola sepak moden tiada istilah takut atau segan. Pemain harus ada keyakinan melebihi 100 peratus.”