Belum Pasti Bila Safawi Akan Kembali Diturunkan

Ketua jurulatih pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora menegaskan ketiadaan pemain sayap, Safawi Rasid pada perlawanan menentang PDRM semalam adalah kerana pemain tersebut mengalami keced3raan.

Mora berkata demikian pada sidang media selepas perlawanan dimana beliau belum pasti bila Safawi akan kembali diturunkan dalam kesebelasan utama dan beliau perlu melihat sejauh mana keced3raan yang dialami oleh Safawi.

“Mengenai Safawi, kami masih belum tahu. Mungkin dalam jangka masa dua minggu atau seminggu setengah beliau boleh diturunkan. Kami masih memeriksa keced3raan yang dialami beliau.

“Tetapi Safawi adalah seorang yang sentiasa sedia untuk beraksi. Dia berazam untuk segera pulih daripada keced3raan dan kami akan menjaga dia. Apabila kembali nanti, Safawi sudah lebih bersedia,” kata Mora.

sumber: vocketfc

Kali terakhir Safawi membarisi kesebelasan utama JDT ialah pada perlawanan AFC Champions League (ACL) 2020 menentang Suwon Samsung Bluewings. Selepas perlawanan, beliau menerima teguran daripada pemilik kelab, Tunku Ismail Sultan Ibrahim kerana prestasi hambar yang ditampilkan beliau.

Pada perlawanan Liga Super menentang UiTM FC dan PDRM, beliau tidak diturunkan malah tidak disenaraikan dalam matchday squad.