Bekas Penyer@ng Everton Dalam Radar Pasukan Liga Super

Pasukan Melaka United masih lagi mencari peny3rang import bagi mengetuai jentera ser@ngan menjelang saingan Liga Malaysia musim hadapan dan baru-baru ini mereka dikaitkan dengan pemain yang pernah beraksi bersama Everton dalam saingan Liga Perdana Inggeris, Victor Anichebe.

Persatuan Bolasepak Melaka (MUSA) terpaksa mencari penye rang baharu setelah pemain dari Jamaica, Deshorn Brown yang sebelum ini telah bersetuju untuk menyertai pasukan itu membuat keputusan untuk beraksi di Liga India pada musim hadapan.

Sebelumnya, MUSA telah mencuba bekas penye rang Persebaya Surabaya dan PSM Makassar, Amido Balde namun pemain itu dilihat tidak menepati standard yang telah ditetapkan oleh pengurusan pasukan. Menurut pendedahan MelakaFA.Blogspot, lima pemain kini berada dalam radar Melaka United dan salah satunya ialah Victor Anichebe.

Pemain dari Nigeria itu bukanlah satu nama yang asing dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dimana Victor beraksi bersama Everton selama tujuh musim dan menjaringkan 25 gol dalam 168 perlawanan.

Sumber : vocketfc

Selain beraksi bersama Everton, Victor juga pernah menyarung jersi West Bromwich Albion serta Sunderland sebelum berhijrah ke China dengan menyertai Beijing Sport University. Namun, Victor tidak kekal lama di China setelah beliau mengkri tik budaya liga tersebut dengan mengatakan ianya penuh dengan perbuatan tidak beretika seperti rasu ah.

Selain Victor, MUSA turut berminat menguji empat lagi pemain iaitu Kevaughn Frater yang juga rakan kepada Desshorn Brown dalam skuad kebangsaan Jamaica selain Francis Kone dari Ivory Coast, Kouassi Yao Hermann (Ivory Coast) dan Nino Flavio Rojas Sagal (Chile).