Bekas Penyer@ng Arsenal Anc@man Buat Kedah

Bekas peny3rang yang beraksi bersama kelab Arsenal, Park Chu-Young menjadi antara individu yang perlu dikekang oleh Kedah sekiranya mahu melepasi saingan play-off Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2020, selasa ini.

Walaupun memasuki umur 34 tahun, Park Chu-Young masih menjadi tonggak utama pasukan dengan tampil sebanyak 36 kali, menjaringkan 12 gol dan merekodkan 7 ‘assist’ buat FC Seoul sepanjang musim 2019.

Rekod itu memainkan peranan besar dalam memastikan FC Seoul menamatkan saingan K-League 2019 di tangga ke-3 sekaligus memperoleh slot untuk bermain play-off ACL 2020.

Dan skuad Helang Merah terutamanya di benteng pertahanan bukan sahaja perlu mengawal bekas pemain berpangkalan di Liga Perdana Inggeris ini, malah mereka juga perlu mengekang 10 lagi pemain FC Seoul yang sememangnya mempunyai kualiti yang lebih baik berbanding rata-rata pemain Kedah.

“Daripada apa yang saya lihat setakat ini, FC Seoul mempunyai kualiti, dan kita semua tahun betapa kuatnya pasukan-pasukan daripada Liga Korea. Ramai pemain-pemain mereka bermain di Malaysia, dan kita boleh lihat kualiti (mereka).” kata kapten pasukan, Baddrol Bakhtiar seperti dipetik daripada The Star.

Park Chu-young yang bakal menjadi anc@man buat Kedah ini menyertai Arsenal sekitar tahun 2011. Namun ketika tahun awal kemasukannya ke dalam skuad The Gunners, dia lebih banyak memanaskan bangku simpanan memandangkan peny3rang Belanda, Robin van Persie dalam prestasi kemuncaknya ketika itu.

Setelah pemergian van Persie ke Manchester United pada 2012, Park Chu-young masih tidak mendapat kepercayaan oleh pengurus Arsenal pada ketika itu, Arsene Wenger. Dan sejak itu, dia mula dipinjamkan kepada Celta Vigo dan Watford.

Mungkin sudah berputus asa dalam kancah bola sepak eropah, Park yang juga merupakan anggota skuad kebangsaan Republik Korea mula kembali ke asia dengan menyertai Al-Shahab. Hanya bertahan semusim di saingan Liga Arab Saudi, dia akhirnya bergabung bersama pasukan lamanya, FC Seoul dan kembali mempamerkan taringnya sehingga ke hari ini.