Bekas peny3rang import Kedah Bakal Sertai JDT?

Bekas peny3rang import pasukan Kedah, Fernando Rodriguez dikhabarkan bakal menyertai Reserve Team, Johor Darul Ta’zim II bagi saingan Liga Malaysia musim 2020.

Perkara ini menjadi perbincangan setelah Rodriguez menunjukkan beliau sedang berlatih di sebuah gym dan menggunakan caption “Selamat pagi” menerusi Instagram Story miliknya.

Selain itu, ejen kepada Fernando, Angel Ruiz turut membuat perkara sama menerusi Instagram Story milik beliau dengan menyatakan Malaysia akan menjadi “pejabat” baginya serta pemain berusia 32 tahun itu.

Pada saingan Liga Malaysia musim lalu, pemain yang pernah beraksi dalam saingan Liga Indonesia bersama Mitra Kukar itu membantu Kedah muncul sebagai juara Piala FA dengan menewaskan pasukan Perak di pentas akhir.

Selain itu, Rodriguez turut membantu Kedah mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia namun hasrat untuk memenangi Piala kedua tidak kesampaian apabila tewas kepada Johor Darul Ta’zim.

Selain Fernando, bekas pemain Selangor, Endrick Dos Santos turut dikaitkan dengan perpindahan ke Johor Darul Ta’zim II.