Bekas pemain Melaka United pilih Kelantan FC

Bekas peny3rang Melaka United (MU) Jasmir Mehat mengakui amat teruja menyertai Kelantan FC musim ini.

Malah keterujaannya berikutan dapat membentuk semula trio kejayaan Melaka 2015 menjuarai Piala FAM dan menjulang juara Liga Perdana 2016 bersama dua bekas rakannya itu dalam skuad TRW kali ini.

Katanya, penyertaan membolehkan dia kembali berganding dengan rakan peny3rang, Nurshamil Abdul Ghani dan penjaga gol, Ahmad Solehin Mamat dalam skuad berkenaan.

Menurutnya, pada 2015 dan 2016 dia bersama Nurshamil dan Solehin menyertai Melaka dan kali ini kesempatan buat mereka kembali berganding dalam pasukan Kelantan.

Bagaimanapun dia yang tidak tersenarai menyertai pasukan Melaka musim ini jelas mahu membalas budi skuad The Red Warriors dengan memberikan yang terbaik.

“Saya akan berusaha menampilkan sumbangan 200 peratus bersama skuad ini. Pastinya saya mahu membantu pasukan terbabit naik ke Liga Super 2023. Saya memang terharu diberi peluang menyarung jersi skuad berkenaan.

“Siapa tak kenal pasukan Kelantan. Masa saya sekolah, pasukan ini paling kuat zaman Mohd Badhri Radzi (Piya), Indra Putra Mahayuddin , Khairul Fahmi Che Mat (Apek) dan Norshahrul Idlan Talaha (Mat Yo), justeru saya akan berkerja keras untuk bertindak cemerlang kali ini,” katanya.

Sebelum ini, Jasmir meluahkan keinginannya untuk setia bersama Melaka namun tiada jodoh dan rezeki meletakkan dia menerima tawaran bersama pasukan baharu.

Baginya, tidak banyak peluang membarisi pasukan Melaka dalam kesebelasan pasukan dan hanya sekali ketika berdepan Selangor di tempat lawan menyebabkan dia tidak dapat mengumpul minit permainan yang membanggakan.

sumber : arena metro

Bekas pemain Terengganu City (TCFC), Perlis dan SAMB FC, terbabit bagaimanapun tetap bangga dengan pencapaian pasukan Melaka yang mara ke separuh akhir Piala Malaysia musim ini.