Bawa Masuk Penjaga Gol Import ?

Pemain berusia 22 tahun itu dilahirkan di Melbourne, Australia dan pernah beraksi dengan kelab A-League, Melbourne City.

Perak membuat kejutan apabila membawa masuk penjaga gol import, Yaren Izzet Sozer pada musim 2020.

Pemain yang berketinggian 189cm itu kini berwarganegara Turki.

Musim lepas beliau beraksi dengan kelab Turki, Esenler Erokspor.

Tahun ini pertama kali Yaren beraksi di Malaysia dan beliau telahpun membuat penampilan pertama dengan Perak II dalam saingan Liga Perdana.